Sambil Baca tolong klik iklan ini. Terima Kasih

Wednesday, May 5, 2010

LIHAT DUNIA BATU FERRINGHI PENANG BHG 3


Pantai yang memutih dan laut kebiruan memang sesuai bagi Batu Ferringhi menjadi satu destinasi perlancongan terkemuka. Memang tidak dinafikan kerana ramai pelancong asing perbagai bangsa boleh ditemui disini. Bagi tidak melepaskan peluang menikmati keindahan ciptaan tuhan, selepas sarapan pagi kami terus ke pantai. 



Banyak aktiviti pantai yang boleh dicuba seperti water jet, banana boat, menunggang kuda dan parasailing. Keseronokan memang boleh dirasai apabila menyertai aktiviti tersebut. Terlihat ramai yang bermain ombak dan ada juga yang berjalan jalan di kaki air.  Rasa hati ingin terjun dan berenang tetapi kami terpaksa pulang dan keluar dari hotel pukul 12.00 tengahari. Terpaksa pendam sahaja di dalam hati. Kami cuma dapat mengambil gambar dan melihat telatah pengunjung disini.



Setelah penat bergambar, kami terus ke hotel dan berehat seketika serta membersihkan diri. Destinasi seterusnya makan laksa dan rojak penang. Kami singgah di deretan kedai makan yang mengadap pantai miami. Laksa penang kalau di tambah otak udang dan cili padi memang sedap. Lagi lagi bila ditup angin laut yang nyaman.



Tak cukup dengan laksa dan rojak penang, kami ke Kedai Line Clear di Jalan Penang (Penang Road). Kedai nasi kandar yang popular di Penang. Sesiapa sahaja mengetahui Kedai Line clear. Kedai ini terletak ditengah tengah bangunan dan motorsikal berulang alik. Oleh itu kami kene berjaga jaga dengan kehadiran motosikal yang tidak dijangka. Memang ramai artis yang pernah makan disini. Ini boleh dilihat di dinding penuh dengan gambar mereka.   kata orang, tak sah ke penang kalau tak kena nasi kandar. Jadi jangan lepaskan peluang menikmati makanan disini. 



Dengan penuh kepuasan dan kekenyangkan kami pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur. 

No comments:

Post a Comment