Sambil Baca tolong klik iklan ini. Terima Kasih

Friday, July 9, 2010

LIHAT DUNIA - SERIBU BINTANG SERIBU KENIKMATAN



Ketika aku berada di Bintulu minggu lepas, aku dibawa ke sebuah perkampungan melayu yang berdekatan dengan Bandar Bintulu. kawan aku memberhentikan kereta di hadapan Restoran Seribu Bintang. Apa yang menariknya Seribu Bintang? hmmmm

Keadaan dihadapannya biasa sahaja seperti kedai makan yang lain tapi dengan sentuhan flora dan cahaya lampu ia nampak menarik sekali.

Yang lebih menarik lagi, restoran menyediakan kawasan tempat makan berbentuk pondok atau teratak yang dihiasi dengan cahaya lampu yang berwarna warni. Aku dan teman memilih untuk menjamu selera di salah sebuah pondok yang di beri nama pegaga. ( bersila la pulak.. letih kaki ni. hehehe)

Restoran ini menyediakan perbagai makanan tradisional seperti nasi lelapan, satay, nasi lemak king dan set masakan antara negeri. Aku memilih set Sarawak terdiri dari nasi pais udang (nasi yang dimasak dalam daun dengan rempah tersendiri), ikan terubuk masin, ayam pansuh (ayam yang masak dalam buluh), daging bakar, rojak buah tempatan dan sambal cicah bersama ulam ulaman. Harganya RM10.00 sahaja. Berbaloi tak? Rasanya superb...

Teman aku memilih set everning in Bangok. set ini terdiri dari nasi putih, tomyam sayur (pedas dan masin), Bendi sambal, sotong masak thai, ayam masak thai. Harganya juga RM10.00.. Set ini tak berapa sedap sebab bukan speciality orang sarawak. hehehe

Jadi kalau korang berada berdekatan boleh la mencuba set sarawak.. memang power. 


6 comments:

  1. kecur... leh terjah tempat ni nanti XD

    visit my graphic novel blog ~ Sorrow

    ReplyDelete
  2. ayam pansuh!!
    dh lama xmakan, nk buat sendiri pun xpndai.. huhu

    ReplyDelete
  3. dark half: memang menarik your blog.. syabas.

    zaza : memamg terbaik la. 1st time rasa.. nak dan nak lagi

    ReplyDelete
  4. terbaekk!!!! makananan yg sedap dan harga yang berpatutan sangat2

    ReplyDelete
  5. Reen, memang Makanan tradisi Sarawak.. Ada Kesempatan boleh pergi lagi.

    ReplyDelete