Sambil Baca tolong klik iklan ini. Terima Kasih

Tuesday, July 13, 2010

LIHAT DUNIA - AYAM KAMPUNG AYAM PENYET

Sesekali merasai sesuatu yang baru, memang sukar bagi sebahagian dari kita untuk menerimanya. Berlainan pula dengan ayam penyet.. Menu ini berasal dari seberang (indonesia) dan telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia.. Restoran yang aku maksud kan ialah Restoran Ayam Penyet JJKC yang terletak di Prima Saujana berdekatan dengan Giant.. dan cawangannya di Subang Business Centre.

Signature menu seperti Set Ayam, talapia, udang dan lele (keli penyet, gado-gado (rojak), Bakso kuah, Soto Ayam dan lain lain. Semua hidangan berkaitan dengan masakan indonesia..

Aku memilih menu set ayam penyet.. Terdiri diri ayam kampung yang di penyek, tahu dan tempe goreng, ulam ulaman bersama sambal, sup, nasi, buah tembikai dan teh ais.. Harganya RM11.90 sen satu set. Apa yang menariknya menu ini ialah ayam kampungnya sungguh lembut dan enak sekali (biasa ayam kampung liat skit kan). Yang tak menariknya sambalnya terlalu sedikit dan kalau nak tambah kene bayar 70 sen. huhuhu. Nak rasa soto ayamnya tapi aku dah kenyang la. hehehehe

Hiasan restoran..simple dan kurang menarik.. Meja makannya kurang stabil dan tak sesuai untuk melepak lama.. walauapapun  korang harus mencuba makanannya.. Memang mantap..

Friday, July 9, 2010

LIHAT DUNIA - SERIBU BINTANG SERIBU KENIKMATAN



Ketika aku berada di Bintulu minggu lepas, aku dibawa ke sebuah perkampungan melayu yang berdekatan dengan Bandar Bintulu. kawan aku memberhentikan kereta di hadapan Restoran Seribu Bintang. Apa yang menariknya Seribu Bintang? hmmmm

Keadaan dihadapannya biasa sahaja seperti kedai makan yang lain tapi dengan sentuhan flora dan cahaya lampu ia nampak menarik sekali.

Yang lebih menarik lagi, restoran menyediakan kawasan tempat makan berbentuk pondok atau teratak yang dihiasi dengan cahaya lampu yang berwarna warni. Aku dan teman memilih untuk menjamu selera di salah sebuah pondok yang di beri nama pegaga. ( bersila la pulak.. letih kaki ni. hehehe)

Restoran ini menyediakan perbagai makanan tradisional seperti nasi lelapan, satay, nasi lemak king dan set masakan antara negeri. Aku memilih set Sarawak terdiri dari nasi pais udang (nasi yang dimasak dalam daun dengan rempah tersendiri), ikan terubuk masin, ayam pansuh (ayam yang masak dalam buluh), daging bakar, rojak buah tempatan dan sambal cicah bersama ulam ulaman. Harganya RM10.00 sahaja. Berbaloi tak? Rasanya superb...

Teman aku memilih set everning in Bangok. set ini terdiri dari nasi putih, tomyam sayur (pedas dan masin), Bendi sambal, sotong masak thai, ayam masak thai. Harganya juga RM10.00.. Set ini tak berapa sedap sebab bukan speciality orang sarawak. hehehe

Jadi kalau korang berada berdekatan boleh la mencuba set sarawak.. memang power. 


Friday, July 2, 2010

LIHAT DUNIA - NASI LEMAK TERBAIK, UPTOWN DAMANSARA

Salam semua.. sebut pasal makan, memang hobi aku mencuba sesuatu yang baru dan yang menarik perhatian ramai.. Pagi ni aku berkesempatan untuk merasa nasi lemak yang menjadi pilihan utama warga damansara dan sekitarnya.. sedap ker? hehehe


Village Park Restaurant terletak di Uptown Damansara, berhadapan dengan Bank Rakyat.Pelbagai makanan dan minuman yang menjadi menu disini seperti nasi lemak perbagai lauk, mee kari, mee jawa dan sebagainya.  Parking memang masalah disini. Boleh parking di hadapan restoran tapi kene berhati hati dengan penguatkuasa, silap silap dapat surat cinta (saman.. hehehe) 



Pagi ini aku makan nasi lemak dengan sambal sotong dan ayam goreng (bukan gelojoh k). Nasinya lemak masin, sesuai makan macam tu pun sedap dan ditambah sambal yang kurang pedas, memang untuk semua golongan dan kaum. Sambal sotong yang peda manis dan ditambah dengan rasa ayam goreng berempah yang enak memang menepati citarasa aku..hehehe Harga nasi lemak sahaja RM2.50, Sambal sotong sepinggan RM4.00 dan Ayam goreng berempah RM4.50.


Tak puas dengan Nasi lemak, aku order lagi mee kari. Harganya RM5.70. Mee karinya menarik gak dan rasanya boleh tahan. Mee karinya memang kaya dengan bahan sampingan seperti kerang, tauhu, berbola ikan. Cham ais menjadi pilihan minuman aku. Kenyang bangat ni.. hahahaha

Aku rasa korang patut mencubanya dan komen la skit.. (Mantan Tun Dr. Mahathir pun pernah singgah makan)

Wednesday, May 26, 2010

LIHAT DUNIA - GAMBARAN PUNCAK


Perjalanan yang meletihkan tapi puas dengan keindahan alam yang mengamit setiap mata yang memandang. Jauh disudut hati ingin aku berkongsi setiap pengalaman dan kepuasan di dalam bentuk gambar gambar yang mungkin menarik perhatian setiap kita untuk menikmati keindahan itu. Itu la Puncak.. 


Bukan sahaja dihidangkan makanan tempatan tetapi kepuasan mata disegenap tempat makan juga diberi perhatian penting bagi membuka selera. Itu la keistimewaan kedai kedai makan disekitar puncak yang memberi sentuhan alam semulajadi sebagai tempat melepaskan penat perjalanan menuju ke Puncak


Dimana ada gula disitu ada semut. Dimana ada tempat tumpuan pelancong disitu ada peniaga jalanan. Memang menjadi kebiasaan tetapi perlu berhati hati dan perlu pandai tawar menawar. Gelagat mereka kadang kadang menlucukan tetapi itu la salah satu usaha mencari rezeki. Bersyukur la kita diberi rezeki yang baik..



Wow! Bagi yang tak biasa dengan kuda, kuda nie merupakan salah satu sistem pengangkutan yang menarik di Puncak. Seperti yang dapat kita lihat, kuda ini ada salah satu sistem pengangkutan yang unik untuk orang tempatan atau pelancong untuk bergerak di sekitar kawasan Puncak. Dengan menaiki kuda ini, kita akan merasa lebih seronok dan sekurang-kurangnya kita tidak mencemarkan alam sekitar dengan asap kenderaan.

 

Keindahan Puncak boleh di abadi dengan pemadangan ladang teh yang luas mata melihat. Itu la Puncak.. 

Friday, May 7, 2010

LIHAT DUNIA - MENUJU PUNCAK


Mesti tertanya tanyakan di mana Puncak ni kan. Apa yang ada kat Puncak ini. Pernah dengar Jakarta Puncak Bandung pakej melancong? Puncak itu yang dimaksudkan. hehehe. Ia berada ditengah tengah antara Jakarta dan Bandung. Biasanya kalau tak sesak ia akan mengambil masa satu jam dari kedua dua arah tapi kalau macit, boleh pergi sampai tiga ke empat jam. (huh kematu punggung dibuatnya).


Kami bertolak awal pagi dari Bandung bagi mengelakkan jalan sesak. Keadaan jalan yang mempunyai banyak selekoh yang tajam seperti di Cameron Highland, Malaysia. Di petengahan jalan kami singgah di sebuah kedai makan untuk bersarapan pagi. Pagi pagi lagi terhidang perbagai jenis lauk pauk yang menyelerakan untuk di makan dengan nasi. Antara lauk yang di hidangkan seperti sambal petai, cumi sambal (sotong la), ayam goreng dan daging goreng sambal. Persekitaran disekitarnya memang menarik dengan kolam ikan dan pondok pondok makan. 


Habis sahaja bersarapan, perjalanan diteruskan. Permandangan lembah dan kedinginan udara mengiringi perjalanan kami menuju puncak ( macam AF lak). Kegembiraan terasa apabila singgah di DSE factory outlet di Puncak. Disini banyak baju berjenama dan bersaiz besar.  


Tak berapa jauh dari factory outlet, pemandangan mula berubah kepada pekebunan teh yang luas terbentang. Angin dingin yang bertiup membuat kami rasa tenang dan tenteram. Terdapat beberapa kedai minum yang menyediakan teh panas yang memang sesuai diminum kala kesejukan. Tunggu gambar gambar lain, tulisan seterusnya.

Wednesday, May 5, 2010

LIHAT DUNIA BATU FERRINGHI PENANG AKHIR



Penang tidak kurang dengan pakej pakej yang menarik untuk kita kunjungan. Batu Ferringhi merupakan salah satu destinasi yang mesti dilawati selain dari Bukit Bendera dan sebagainya. Pantai di Batu Ferringhi memang dijaga kebersihannya. Dengan angin yang mendayu dayu yang senantiasa memanggil kehadiran pengunjung ke sini. Aktiviti pantainya cukup menarik selain dari tarikan malam utama ialah pasar malam. Pelbagai makanan dari timur ke barat, semuanya ada di Batu Ferringhi. Kitaorang membawa balik satu lagi kenangan indah yang boleh dikongsi bersama. Dibawah antara gambar yang boleh dikongsi bersama. hehehehe

Rupa ni jer kedai nasi padang tapi popular habis.. Mai la 

Besar punya!!

Gitar ni lagi besar. hehehe

Depan Hard Rock Cafe...

LIHAT DUNIA BATU FERRINGHI PENANG BHG 3


Pantai yang memutih dan laut kebiruan memang sesuai bagi Batu Ferringhi menjadi satu destinasi perlancongan terkemuka. Memang tidak dinafikan kerana ramai pelancong asing perbagai bangsa boleh ditemui disini. Bagi tidak melepaskan peluang menikmati keindahan ciptaan tuhan, selepas sarapan pagi kami terus ke pantai. 



Banyak aktiviti pantai yang boleh dicuba seperti water jet, banana boat, menunggang kuda dan parasailing. Keseronokan memang boleh dirasai apabila menyertai aktiviti tersebut. Terlihat ramai yang bermain ombak dan ada juga yang berjalan jalan di kaki air.  Rasa hati ingin terjun dan berenang tetapi kami terpaksa pulang dan keluar dari hotel pukul 12.00 tengahari. Terpaksa pendam sahaja di dalam hati. Kami cuma dapat mengambil gambar dan melihat telatah pengunjung disini.



Setelah penat bergambar, kami terus ke hotel dan berehat seketika serta membersihkan diri. Destinasi seterusnya makan laksa dan rojak penang. Kami singgah di deretan kedai makan yang mengadap pantai miami. Laksa penang kalau di tambah otak udang dan cili padi memang sedap. Lagi lagi bila ditup angin laut yang nyaman.



Tak cukup dengan laksa dan rojak penang, kami ke Kedai Line Clear di Jalan Penang (Penang Road). Kedai nasi kandar yang popular di Penang. Sesiapa sahaja mengetahui Kedai Line clear. Kedai ini terletak ditengah tengah bangunan dan motorsikal berulang alik. Oleh itu kami kene berjaga jaga dengan kehadiran motosikal yang tidak dijangka. Memang ramai artis yang pernah makan disini. Ini boleh dilihat di dinding penuh dengan gambar mereka.   kata orang, tak sah ke penang kalau tak kena nasi kandar. Jadi jangan lepaskan peluang menikmati makanan disini. 



Dengan penuh kepuasan dan kekenyangkan kami pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur. 

Tuesday, May 4, 2010

LIHAT DUNIA - BATU FERRINGHI, PENANG - BHG 2


Batu Ferringhi juga di kenali sebagai Miami Malaysia (konon la hehehe). Setelah bangun dari menghilangkan penat dan selesai mewangikan diri, kira-kira pukul 5.00 petang kami bertolak menuju ke Hard Rock Hotel and Cafe. Ia terletak tidak jauh dari hotel kami menginap lebih kurang 1.5 km sahaja.


Biasa la kalau tempat baru, ramai orang berpusu pusu untuk melihat dan menjenguk sambil mengambil gambar. Tempat letak kereta berhadapan hotel juga penuh sebab terlalu banyak majlis perkhawinan berlansung disini. Kami diarahkan meletak kereta diseberang jalan. Kami singgah di Rock shop untuk membeli barangan cenderahati dan t-shirt. 


Serba sedikit tentang Hard Rock Penang, ia mempunyai 250 bilik dan dilengkapi dengan wifi, ipod connection dan lcd tv 32' setiap bilik. Ada beberapa jenis bilik dan bilik paling best ialah lagoon deluxe (buka slidding door jer terus terjun kat kolam renang) hehehehe.Harga bilik agak mahal juga.  Lobi hotelnya ringkas tetapi elegan. 


Setelah penat  bergambar,  kami terus gi pasar malam (night market). Malam di Batu Ferringhi begitu bercahaya dan meriah, tidak seperti pada siang hari lebih suram.. Pasar malam disini terkenal dengan penjualan barangan yang berjenama seperti gucci, lv dan polo. Disini kita mesti pandai tawar menawar dan jangan mudah tertipu. Aku terkena apabila membeli pemegang kunci dengan harga yang mahal. Padahal harganya jauh lebih murah bila bertanya kedai lain (geramnya). 


Banyak restoran yang perbagai masakan. Masakan arab, jepun dan makanan laut antara yang popular disini. Boleh dikatakan hampir 90% restoran disini halal. Kami menjamu selera di moonlight cafe di tepi pantai. Ia menyediakan makanan laut yang dibakar dan masakan thai. Memang menarik bila berada disini dengan deruan ombak membelah pantai dan angin laut yang menyamankan. Yang tak bestnya lokasinya di bawah lereng bukit, apabila sudah kekenyangan, nak mendaki bukit memang menyeksakan. hahahaha

Sambung lagi bhg seterusnya..

Sunday, May 2, 2010

LIHAT DUNIA BATU FERRINGHI PENANG BHG 1

Perancangan nak ke Pulau Mutiara bermula dengan pembukaan hotel dan cafe Hard Rock di Batu Ferringhi. Aku selalu pergi ke Penang atas urusan kejre. Nak jadi kan cerita, semasa aku berada di Pulau Pinang, dua kawan kerje aku bercadang untk datang pada hari sabtu dengan menaik bas dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari ahad bersama aku.


Lebih kurang pukul satu tengahari pasa suatu sabtu, aku jemput diorang kat stesten bas Bukit Jelutong. Ayat pertama keluar dari mulut mereka berdua bila diorang menaiki menaiki kereta adalah lapar, lapar dan lapar. hehehehe. Biasa la tu, aku dah janji nak bawa mereka ke restoran nasi padang yang paling sedap di Pulau Pinang. Yang diorang tak tahu,  aku sebenarnya dah lupakan kat mana tempatnya. Itu yang melilau ke sana ke sini , masuk entah mana- mane jalan tapi akhirnya jumpa gak walaupun ambil masa lebih satu jam. hahahaha. Padahal kurang setengah jam boleh sampai. (padan muka aku).



Kedai Kopi International Hotel itu lah nama restoran yang dicari cari. Restoran nasi padang ini memang popular dan terletak berdekatkan di  Jalan Penang (Penang Road) Georgetown, di belakang balai polis. Restoran ini unik sikit sebab tauke restoran itu cina menjual air sahaja tetapi nasi padang dijual orang warga Indonesia. Perbagai lauk pauk disediakan seperti ikan dan ayam goreng sambal merah, masak lemak ikan, ulam ulam dengan sambal belacan dan lain lain. Waktu kami tengah makan tiba tiba aku ternampak Alfin Sauki dan krewnya tengah menunggu untuk mendapatkan meja kosong.  Betul la aku kata restoran ini popular dan sedap. hehehe. Bayangkan waktu telah menunjukkan pukul tiga tetapi restoran penuh sesak dengan manusia. 

Sesudah mengisi perut, kami terus ke Batu Ferringhi untuk mencari penginapan. Jarak perjalanan dari Georgetown ke Batu Ferringhi lebih kurang setengah jam. Memang banyak hotel dan resort disekitar pantai Batu Ferringhi. Kami mencari hotel yang murah dan selesa. Dari motel dan chalet di tepi pantai kami redah. Akhirnya kami 'check in' di D'ferringhi Hotel, berhadapan dengan jalan besar di mane pasar malam berada. Kami sewa satu bilik opss dua bilik la dengan harga promosi RM160.00 satu bilik untuk dua orang bersama sarapan pagi.. Biliknya selesa juga tetapi keci sedikit. hehehe. Masuk je bilik, kami rehat selama 2 jam sebelum ke Hard Rock..

Tunggu bhg seterusnya.. rehat la dulu

LIHAT DUNIA - BATU FERRINGHI, PENANG - Pengenalan



Pulau Pinang atau Penang terletak di utara Semenanjung Malaysia yang juga dikenali sebagai Pulau Mutiara. Pulau Pinang telah dibuka pada 1786 oleh Francis Light. Pulau Pinang banyak tempat menarik yang boleh dilawati seperti Bukit Bendera dan Batu Ferringhi. Makanan juga berbeza sedikit dengan negeri negeri. Contohnya Nasi Kandar dan Pesembor.


Kali ini lihat dunia memilih Batu Ferringhi sebagai destinasi seterusnya. Mesti korang tertanya kenapa Batu Ferringhi? Sebab terpenting ialah Hard Rock telah membuka hotel dan cafe di Batu Ferringhi. Banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat dan di sertai di sini. Lebih lebih lagi sukan air kerana Batu Frerringi merupakan pantai peranginan yang terkenal di Malaysia.


Untuk ke Pulau Pinang, korang boleh melalui udara ( Airasia, Firefly, MAS dan lain lain), melalui darat (bas, kereta, ferry)dan melalui air (Kapal pelancongan). Banyak juga hotel murah sampai ke lima bintang yang senantiasa memberi kemudahan penginapan. 


Tunggu bhg lihat dunia ferringhi Penang seterusnya.

Saturday, May 1, 2010

LIHAT DUNIA - BANDUNG - Bhg Akhir


Bandung merupakan tempat pelancongan yang menarik bukan sahaja terkenal dengan factory outlet tetapi juga  tempat semulajadi seperti kawah gunung berapi dan kolam air panas. Keaadan cuaca yang dingin juga menjadi penyumbang kepada industri pelancongan disini. Makanan disini bukan sahaja enak tetapi gabungan alam semulajadi menjadi satu daya tarikan hebat untuk berkunjung semula. Diharap korang semua dapat mengetahui serba sedikit tentang Bandung, syurga membeli belah. Di bawah ada beberapa gambar yang aku rasa menarik untuk di kongsi. 


Masjid besar di tengah tengah Kota Bandung.

Salah satu cara orang Bandung meminta sedekah di tepi jalan dengan menghiburkan kenderaan yang berhenti di lampu isyarat.


Salah satu daya tarikan di factory outlet. Disini aku terjumpa pelakon Malaysia membeli belah. (tak minta sign lak). heheheh



Antara cenderahati yang kreatif yang boleh didapati di Tangkuban Perahu


Antara minuman yang paling best. Teh botol


Antara kawan kawan yang minat melancong. Jauh perjalanan luas pemandangan


Terima kasih kerna support LIHAT DUNIA BANDUNG. Tunggu destinasi seterusnya