Sambil Baca tolong klik iklan ini. Terima Kasih

Thursday, April 29, 2010

LIHAT DUNIA - BANDUNG Bhg 8 (Makan makan dan makan)



Banyak tempat makan di bandung yang menyelerakan dan menarik. Selain dari kampong daun , ada beberapa tempat yang aku fikir berbaloi untuk korang cuba.




Restoran Sambara merupakan pilihan kami yang pertama. Restoran ini terletak di Jalan  Trunojoro, kota bandung. Sambara menyajikan sajian sunda iaitu cara orang bandung. Restoran ini ada menyediakan makanan secara ala carte. Antaranya ikan gurame cobek, Ayam bakar, pepes ikan mas dan banyak lagi. Memang lazat dan harga agak berpatutan (RM30-RM50 seorang).



Berdekatan dengan Masjid Raya Bandung ada sebuah restoran nasi padang. Nama restoran itu ialah Restoran Sari Bundo. Apa yang menarik tentang nasi padang sini, semua makanan dihidang apabila kita mengambil tempat duduk. Kalau ada dua puluh lauk, maka semua kita boleh rasa. Ini boleh menambahkan berat badan. Hehehehe. Sambal cili merah memang sedap. Itu yang tak dapat dilupakan. Hehehe. Banyak juga sayur kampung samaada di masak atau menjadi ulam (sihat tu. Hehehe)



Dengan cuaca dingin di Bandung, kami juga ada menjamu makanan secara steamboat dan hotplate. Restoran Hanamasa adalah restoran secara buffet. Makanan lautnya memang segar dan perbagai makanan lain juga disediakan seperti tempura, ayam goreng, pencuci mulut dan sebagainya.


Kalau hendak bersarapan pagi di Bandung, pastikan and mencuba bubur ayam. Disini bubur ayamnya pekat  dan ditambah dengan kicap manis memang mengenyangkan. Tapi bagi aku kalau ditambar kicap manis, kurangkan skit tapi dengan sos cili memang best. Bubur ayam boleh di dapati di kedai dan gerai di sekitar bandung.

Kawan aku dari Bandung menyarankan aku cuba cendol elizebert (maaf, takde gambar). Rupa cendolnya lebih kurang sama di Malaysia tapi rasanya tekak aku tak boleh terima. Ada rasa hanyir sikit (maaf terpaksa berterus terang). Hampir semua kawan kawan aku tak boleh terima, Tapi harap korang boleh cuba dan rasai sendiri.


Pernah cuba? hehehe

Kata orang, kita mesti cuba makan orang tempatan tak kira dimana kita berada. Yang penting kebersihan dan bagi orang islam mesti la halal. Selamat mencuba…



LIHAT DUNIA - BANDUNG - Bhg 7B(Pasar Baru - Shopping)

Shopping dan Shopping lagi.. kali ini di Pasar Baru, terletak di tengah tengah Kota Bandung.  Pasar baru dan factory outlet menjual barangan yang berbeza. Pasar Baru  menjual barangan seperti kain ela, kain batik, tudung kepala, telekung dan banyak lagi. Boleh dikatakan Pasar Baru adalah syurga membeli belah bagi wanita dan bagi lelaki ada juga barangan yang dijual seperti kain pelikat dan baju batik.  Aku biasa la, membeli untuk family terutama untuk mak.

Pasar Baru berkeadaan seperti Pasar Siti khatijah (Kelantan) dan Pasar Payang (Terengganu).  Dari segi kualiti dan harga, Pasar Baru  menawarkan harga yang lebih murah. Terutama telekung, kain ela dan tudung menampilkan fesyen fesyen anggun dan terkini.


Batik Malaysia dan Indonesia mempunyai perbezaan dari segi corak dan warna. Malaysia terkenal dengan batik canting manakala Indonesia maju dengan batik terap. Perlu diingat cuma 3 helai batik sahaja yang dibenarkan membawa masuk ke Malaysia (kalo tak silap la) hehehe. Selebihnya akan dirampas



Dari mulut ke mulut Bandung terkenal dengan syurga membeli belah. Biar la berbelanja dengan bijak. Jangan lupa tawar menawar dan yang penting kalau menaiki Airasia, jaga jaga dengan lebihan berat.(nanti kene bayar lebihan kg - mahal tau) hehehe




Wednesday, April 28, 2010

LIHAT DUNIA - BANDUNG - Bhg 7A (Factory Outlets - Shopping)


Tujuan utama semua orang ke Bandung adalah untuk membeli belah di factory outlets. Bandung terkenal dengan barangan yang berjenama dengan harga yang murah. Ada yang mengatakan barang yang dijual itu original, ada yang mengatakan barangan 'reject' dan tak kurang juga mengatakan barang tiruan kelas satu. Terpulang pada anda menilainya. Yang penting ia berjenama seperti pepatah lama mengatakan biar papa asalkan bergaya. betul? hehehehe.


Ada beberapa tempat shopping yang terkenal di kota Bandung. Antaranya Jalan Dago, Setiabudi, Jalan Riau dan Cihampelas. Bermacam jenama dijual termasuk Polo, Prada, Gucci dan sebagainya. Kalau nak dibandingkan dengan harga sebenar, jauh lebih murah.


Dibandingkan harga pada 2006 (pertama kali sampai) dengan March 2010 semua harga barang naik mendadak. Ini kerana ramai pelancong dari Malaysia sudah berpusu pusu ke sini digalakan lagi dengan penerbangan Airasia terus dari Kuala Lumpur. Setiap hujung minggu kota Bandung sesak dengan orang orang dari Jakarta membeli belah.


Dengan perbezaan harga yang begitu ketara, aku rasa tidak sesuai lagi datang ke Bandung untuk membeli belah. Ini kerana setengah tengah barangan boleh didapati dengan harga yang lebih murah di uptown atau downtown Kuala lumpur. hehehe. Itu pendapat individu tetapi biar anda menilainya sendiri. hehehe


Apa yang menarik tentang factory outlet di Bandung ialah kesenangan membeli belah dan hampir semua jenama terkenal boleh diperolehi. Tetapi jangan terperanjat sekiranya setiap factory outlet menjual barang yang hampir serupa.


Sempat bergaya lagi.. hehehe. latar belakang factory outlet, selesa kan.. Info tambahan, Jalan Dago berdekatan dengan Jalan Riau dan Cihampales berdekatan dengan Setiabudi, jadi pilih ke mane hendak di tuju dahulu, Keluar awal dan elakkan membeli belah pada hujung minggu sebab ramai orang Jakarta membeli belah pada waktu itu. Selamat Membeli belah.. 
Tunggu bhg 7B- tempat membeli belah yg lain..

Tuesday, April 27, 2010

LIHAT DUNIA - BANDUNG - Bhg 6 (Waroeng Soenda - Lembur Awi)





Semasa turun dari Kawah Putih untuk ke Kota Bandung, kami berhenti untuk makan tengah hari di Waroeng Soenda, Lembur Awi. Ape yang menariknya tentang kedai makan ini ialah ia terletak ditengah tengah sawah padi. Disini disediakan pondok pondok makan sekitar sawah padi supaya kita dapat merasa ketenangan dan memberi kepuasan apabila menjamu selera. 


Betapa selesanya berada dibendang dengan keadaan yang berangin menyebabkan kami terlena sebentar sementara menunggu makanan dan minuman disediakan. hehehe. Terasa macam di kampung halaman pulak.


Biasanya disini kita akan dihidangkan teh manis macam teh cina. Teh botol merupakan antara minuman yang popular disini bagi menghilangkan dahaga.





Makanan yang dihidangkan seperti ayam penyek, soto dan makanan tradisional lain. Ada tauhu goreng, tempe goreng, ulam ulaman dan sambal. Makan ramai ramai ni memang menyelerakan. Sedap sampai menjilat jari.hmmm



Selain dari sawah padi, tempat makan ini juga ada kolam-kolam ikan di tepi pondok makan bagi menambahkan lagi keindahan dan ketenangan kepada para pengunjung. Harganya amat berpatutan dan harap ia menjadi salah satu pilihan sebagai kenangan manis apabila berada disini..

Tunggu bhg seterusnya...

Monday, April 26, 2010

LIHAT DUNIA - BANDUNG - Bhg 5 (Kawah Putih - titisan syurga)


Apa yang menarik dengan kawah putih ialah keindahan alam semulajadi yang terbentuk dari gunung berapi. Ia terletak di selatan Bandung dengan ketinggian 2,300m dari paras laut. Boleh dikatakan Bandung dikelilingi oleh gunung ganang yang lahir dari pembentukan gunung berapi. Itu sebabnya aku begitu seronok berada sini sebab cuacanya yang dingin dan menyenangkan. Ada pendapat orang tempatan mengatakan Kawah putih adalah tempat titisan syurga pernah diturunkan ke bumi, begitu anggun, tenang, dingin dan menusuk kalbu.

Kesejukan Kawah Putih lebih ketara pada bulan Julai dan Ogos setiap tahun, sekitar 10'c di siang hari dan 5'c di malam hari. Bau belerang membuatkan aku kurang selesa tetapi permandangan yang indah cepat menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar. Biasanya pengunjung tidak akan berada lama sini kerana angin gunung yang bertiup dapat dirasai sehingga ke tulang sum sum. hehehe. Tak percaya? hmmm



Kenangan di kawah putih biasa digambarkan dengan mengambil seberapa banyak gambar kerana keindahannya sukar didapati di tempat lain. Korang boleh berada betul betul di bibir kawah sambil bergaya di hadapan kamera.
  • Macam di tepi laut. Sungguh memukau dan menarik hari..

Saturday, April 24, 2010

LIHAT DUNIA - BANDUNG - Bhg 4 (Ranca bali - Lokasi My Heart)


Kalau korang masih ingat lagi fliem 'My Heart' yang popular tak lama dulu, pemandangan sepanjang perjalanan filem memang memukau hati. Itu la Ranca Bali, terletak 36km dari Bandung. Kawasan bukit bukau yang dikelilingi ladang teh dengan cuaca yang dingin menjadi pilihan destinasi kami seterusnya.


Seperti di Cameron Highland, penanaman teh merupakan sumber ekonomi utama di sini. kami merasa tenang dengan keindahan dan kehijauan alam sekeliling. hmmmm


Dengan keadaan cuaca yang dingin, orang tempatan disini juga menanam strawberry di kawasan rumah selain dari menanam teh. Memang banyak kawasan penanaman strawberry disepanjang jalan menuju ke Ranca Bali. Korang boleh beli yang sudah di pek atau memetik sendiri.  Kami memilih untuk memetik sendiri supaya dapat yang besar dan manis.. hehehehe




Sekali lagi kami memilih untuk tinggal di bungalow, di tengah tengah ladang teh. Keadaan memang sejuk sekali apabila menjelang malam. Bungalow itu memang besar, mempunyai 5 ke 6 bilik tetapi agak seram dengan keadaan bungalow yang sekali sekala dihuni. Maklum la bungalow untuk sewaan harian. huhuhu. Korang boleh juga memilih penginapan disekitar atau resort berdekatan dengan harga yang berpatutuan.


Salah satu gambar besar yang tergantung di ruang tamu. Cantik tapi seram skit


Disebabkan tinggal di tengah tengah ladang teh, tak de la aktiviti di waktu malam. Nasib baik ade meja billiard . Boleh la jolok jer bola tu. Lepaskan bosan. hehehe


Perlu diingat, kalau menyewa bungalow persendirian, kita mesti bersedia untuk membeli bahan untuk memasak bagi mengisi perut sepanjang berada disini. Yang paling best, kami berjalan kaki ke perkampungan berdekatan untuk membeli ayam hidup dan disembelih dan dipanggang untuk makan malam. hmmm



Keesokannya selepas sarapan, kami ke destinasi seterusnya. (tunggu hehehe). 
Tip-tip: Bawa makanan yang cukup  sepanjang disana ( cari member yang pandai masak). Perlu menyewa kenderaan bersama pemandu (lebih kurang RM150 sehari) dan cari resort yang sesuai untuk keperluan korang.


Friday, April 23, 2010

LIHAT DUNIA - BANDUNG - Bhg 3 (Kampung daun - sedap mata dan perut)



Sedap mata memandang sedap lagi perut merasa. Kampung daun, tempat yang sesuai untuk berehat dan menjamu selera selepas penat berjalan jalan atau membeli belah di sekitar Bandung. Kampung daun terletak di utara Bandung, cuma 30 minit dari Hotel Royal Dago, Jalan Dago. Kalau korang nak ke sini, mesti la betul betul lapar sebab hidangan agak besar.



Sesampai disini, kami terpegun dengan keindahan alam yang mengeliling restoran Kampung Daun. Dengan adanya air terjun semulajadi, ia menambah lagi ketenangan berada disini. Tanpa menganggu dan mengabaikan alam semulajadi, kampung daun merupakan salah satu destinasi pelancongan yang patut dikunjungi oleh korang semua.

Di hadapan Kampung Daun

Salah satu tempat makan yang menarik

Meriahnya makanan. makan semua. hehehehe

Sebut pasal makanan, kampung daun menghidangkan makan tradisional tempatan. Terutama makanan jawa dan sunda. Dari segi rasa, terpulang bagi korang tapi bagi kami makanannya sedap. Dan dari segi hiasan makanan pula, memang menarik dan sedap mata memandang. Harga nya memang berpatutan, dari RM20.00 keatas.  Makanan yang menjadi pilihan, Nasi timbel komplit, Nasi kukus kampung daun dan gurame goreng sambal cobek.
Sedap. terliur kan..

Menyelerakan dan cara hidangannya unik

Ni macam nasi goreng thai jer (kalo kat KL)

Rasa la salah satu pencuci mulut Kampung Daun

Cuba korang teka ape nama makanan diatas. hehehehe.. Pastikan kalau anda ke Bandung, jangan lupa singgah di Kampung Daun. Pastikan perutnya kosong sebab banyak makanan yang hendak dicuba. Selamat mencuba.

Tunggu bhg seterusnya.. hehehe

Thursday, April 22, 2010

LIHAT DUNIA - BANDUNG - Bhg 2 (Sari sejuk diluar panas didalam)


Sari Ater destinasi kami seterusnya. Sari Ater adalah tempat mata air panas yang sangat popular di utara Bandung. Suhunya sekitar 20'c dan akan lebih rendah diwaktu malam. Kami memilih untuk tinggal disitu satu malam bagi merasa kesejukan cuaca dan kepanasan mata air semulajadi. Bestnya...

Kami dikelilingi ladang teh sepanjang perjalanan ke sana. Memang cantik macam di Cmeron Highland, Laluan lebih sukar sebab banyak halangan dengan orang tempatan yang menolak muatan sepanjang jalan. Paling menakutkan kalau kalau barang yg dibawa terlepas. Tak pasal pasal duduk kat hospotal. hehehehe.  Di sekitar Sari Ater terdapat banyak hotel dari serendah RM60 sebilik. Korang boleh pilih hotel mane nak stay.

Biasanya banyak juga kedai kedai makan boleh didapati sepanjang jalan. Kami singgah sebentar untuk minum kopi dan pisang keju. Pisang keju adalah pisang yang digoreng, di salut dengan coklat cair dan ditabur keju diatasnya. hmmmm sedap.


Kami memilih  untuk menyewa sebuah bungalow dua tingkat. Harga lebih kurang RM300 - RM500 semalam. Cuma ade 6 buah bungalow dan sebuah kolam air panas dalam Subang Resort.

Mandi malam di kolam memang best. Bayangkan bila didalam kolam kita dapat rasa kehangatan air tetapi sebaik sahaja keluar dari kolam kita akan mengigil kesejukan.Lebih lebih lagi terpaksa berlari ke bungalow selepas berendam. Biasalah cuaca malam lebih sejuk huhuhu. Korang patut mengalami pengalaman ni, kalau tak rugi...

Terdapat juga kolam kolam air panas awam yang disediakan di Taman Rekerasi Sari Ater. Korang boleh la merendam kaki atau mandi. Tempatnya memang sangat luas. Jadi alang alang korang pergi Tangkuban Perahu  singgah sekalidi Sari Ater..