Pagi pagi lagi kami dah keluar dari hotel untuk ke Tangkuban Perahu. kalau keluar lepas kul 9.00 jalan sesak. Elok elok sampai dalam 1 jadi 2 jam. Jalannya berbengkang bengkok macam ular dan naik bukit lagi..Udara pagi di Bandung memang nyaman lebih lebih lagi dengan cuacanya yang dingin.
Nak cerita sedikit tentang Tangkuban Perahu sedikit. Ia terletak di utara Bandung dan merupakan kawah gunung berapi yang masih aktif dan banyak mata air panas disekitarnya. Kali terakhir ia mengeluarkan muntahnya pada tahun 1910. Sebenarnya ade cerita dan sejarah beribu ribu tahun dahulu oleh orang tempatan atas nama Tangkuban Perahu. Tapi lain kali la sebab dah panjang sangat (boring la pulak). hehehe
Meneruskan perjalanan dengan perut yang padat memang membuatkan kita nak tido balik. Sepanjang jalan dapat dilihat kehijauan pokok-pokok sekeliling yang menenangkan dan banyak kedai menjual kelincin (arnab la. hehehe). Lebih jauh perjalanan lebih sejuk keadaan sekitar maklum la kawasan bukit.
Sampai di check point di kaki tangkuban perahu, kami perlu membayar bayaran masuk sebanyak RP30,000 (kira kira RM12) seorang bagi bukan rakyat Indonesia. Lebih kurang 10 minit, kami sampai di Kawah Ratu (gunung berapi) dan mula berbau belerang. Mula mula rasa tak selesa tapi bila melihat keindahan alam, bau belerang tak menjadi penghalang. Adakalanya kesejukan boleh turun bawah 20c'. Kita akan terpaku dengan keindahan kawah yang besar dan masih berasap asap.
Setelah beberapa jam diatas, anda boleh turun semua ke Bandung atau tinggal di Sari ater. Kami memilih tinggal di Sari Ater (bhg seterusnya). Tip Tip yang penting adalah Jangan lupa menawar bila membeli belah, jangan bagi janji pada penjual penjual jalanan dan jaga barang peribadi dengan baik serta jangan menunjuk wang anda. Sekiranya ade orang ingin tolong mengambil gambar atau memberi tumpang payung, kalau boleh jangan terima, sebab semua melibatkan wang. Walau ape pun Tangkuban perahu destinasi yang perlu anda lawati sekirannya ke Bandung. Tunggu bhg seterusnya. hehehe
Penjual di Tangkuban Perahu suka mengekori dan menawarkan khidmat guide dari Kawah Ratu ke Kawah Domas. Kononnya guide ditetapkan oleh pemerintah. Sebenarnya anda sudah bayar tiket masuk ke gunung ini. So anda tidak perlu guide sebab anda boleh jalan sendiri. Guide ini menipu pelancong walaupun pelancong Indonesia pun ditipu guide ini. Harga jualan seperti tasbih Rp700,000 dan keychain Rp600,000. Mahal....
ReplyDeleteSo anda berhati-hatilah jika ke Tangkuban Perahu.
kuşadası
ReplyDeletecekmekoy
kartal
siirt
tekirdağ
İSWC