Sambil Baca tolong klik iklan ini. Terima Kasih

Saturday, April 17, 2010

Bintulu ke Miri

Plan nak ke Miri kul 8 pagi tapi terlajak kul 12 tengahari. hehehe. biasa la janji melayu kan... Ini 1st time nak gi miri, bandar minyak terbesar di Malaysia dan antara bandar termahal di malaysia sebab berjiran dengan brunei. Biase la duit brunei kan tinggi ape lagi shopping hahaha.

Dari bintulu ke Miri perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam tiga puluh minit sejauh 203km jer.. terperanjat? kalo kat KL 2 jam 30 minit boleh sampai JB (300km)tapi ini Sarawak, Jalan dah la tak rata pusing-pusing macam ular. YB, tolong la buat jalan cantik skit. Kan rakyat didahulukan...



Dalam perjalanan, aku sempat melalui rumah rumah panjang di sepanjang jalan dan jangan terpaku kalo terlihat makcik tua yang tidak pakai baju (malu nak cita)tapi itu la lumrah dan budaya mereka. Kami berhenti di rnr Batu Niah sekitar 100km dari Bintulu untuk mengisi minyak dan mengisi perut dengan memakan Mee kolok, makanan tradisi Sarawak. Hentian Batu Niah juga dikenali sebagai "Ngu" (nak tahu, tanya k)oleh orang tempatan. Biase la ade stesen minyak, tandas, tempat makan dan lebih menarik lagi ada pasar tamu dan pasar raya, tak percaya? Fuyoo.

Lebih kurang kul 4 ptg sampai di Miri, singgah sebentar di Kampung luak (rumah kenalan). Setelah tu, terus cari hotel di dalam bandar Miri. Hotel murah jer tapi dekat dengan Bintang Megamall (Mall paling besar di Miri). Mesti korang tak percaya punya..depan mall ade musical fountain (nanti tengok video), tak payah susah-susah gi Pulau Sentosa, Singapura. hahaha

8 comments:

  1. hahhah...dah sampai miri ke...camne best tak miri..heheheh..ermmm....ada RnR ke situk..pelik,

    ReplyDelete
  2. Ada... tengok gambar tu. Rnr tu letak tengah tengah Bintulu dan Miri sebabtu ramai yg kencing di tepi jalan. hehehe

    ReplyDelete
  3. oo..saya ada singgah tempat tue masa nak g kucing, tapi quet ok la...

    ReplyDelete
  4. Ok la tu.. dari kuching kebintulu ade "RnR" gak ker? ape name tu?

    ReplyDelete
  5. sik la..kmek madah masa kmek dari mirek ke kuching, ada limpas sia, n kmek ada behenti sia..

    ReplyDelete
  6. tumpang tnya..kitak tido hotel mana??boleh kamek tahu

    ReplyDelete
  7. penambahan.. dari bintulu ke miri.. ada satu resort dalam hutan yang menyediakan rekreasi yang sgt2 best.. ada mcm2 aktiviti.. nama dia Borneo Tropical Rain Forest.. dalam tu ada water park,jungle tracking,water fall dan macam2 aktiviti lg.. sgt2 best..

    ReplyDelete
  8. jalan2 makan2 cerita pasal makan ada satu je kt rnr niah....:)

    ReplyDelete