Kalau korang masih ingat lagi fliem 'My Heart' yang popular tak lama dulu, pemandangan sepanjang perjalanan filem memang memukau hati. Itu la Ranca Bali, terletak 36km dari Bandung. Kawasan bukit bukau yang dikelilingi ladang teh dengan cuaca yang dingin menjadi pilihan destinasi kami seterusnya.
Seperti di Cameron Highland, penanaman teh merupakan sumber ekonomi utama di sini. kami merasa tenang dengan keindahan dan kehijauan alam sekeliling. hmmmm
Dengan keadaan cuaca yang dingin, orang tempatan disini juga menanam strawberry di kawasan rumah selain dari menanam teh. Memang banyak kawasan penanaman strawberry disepanjang jalan menuju ke Ranca Bali. Korang boleh beli yang sudah di pek atau memetik sendiri. Kami memilih untuk memetik sendiri supaya dapat yang besar dan manis.. hehehehe
Sekali lagi kami memilih untuk tinggal di bungalow, di tengah tengah ladang teh. Keadaan memang sejuk sekali apabila menjelang malam. Bungalow itu memang besar, mempunyai 5 ke 6 bilik tetapi agak seram dengan keadaan bungalow yang sekali sekala dihuni. Maklum la bungalow untuk sewaan harian. huhuhu. Korang boleh juga memilih penginapan disekitar atau resort berdekatan dengan harga yang berpatutuan.
Salah satu gambar besar yang tergantung di ruang tamu. Cantik tapi seram skit
Disebabkan tinggal di tengah tengah ladang teh, tak de la aktiviti di waktu malam. Nasib baik ade meja billiard . Boleh la jolok jer bola tu. Lepaskan bosan. hehehe
Perlu diingat, kalau menyewa bungalow persendirian, kita mesti bersedia untuk membeli bahan untuk memasak bagi mengisi perut sepanjang berada disini. Yang paling best, kami berjalan kaki ke perkampungan berdekatan untuk membeli ayam hidup dan disembelih dan dipanggang untuk makan malam. hmmm
Keesokannya selepas sarapan, kami ke destinasi seterusnya. (tunggu hehehe).
Tip-tip: Bawa makanan yang cukup sepanjang disana ( cari member yang pandai masak). Perlu menyewa kenderaan bersama pemandu (lebih kurang RM150 sehari) dan cari resort yang sesuai untuk keperluan korang.
lain kali nk melancong ajak sekali k,,,,,kaki melancong jugak ni
ReplyDelete