Banyak tempat makan di bandung yang menyelerakan dan menarik. Selain dari kampong daun , ada beberapa tempat yang aku fikir berbaloi untuk korang cuba.
Restoran Sambara merupakan pilihan kami yang pertama. Restoran ini terletak di Jalan Trunojoro, kota bandung. Sambara menyajikan sajian sunda iaitu cara orang bandung. Restoran ini ada menyediakan makanan secara ala carte. Antaranya ikan gurame cobek, Ayam bakar, pepes ikan mas dan banyak lagi. Memang lazat dan harga agak berpatutan (RM30-RM50 seorang).
Berdekatan dengan Masjid Raya Bandung ada sebuah restoran nasi padang. Nama restoran itu ialah Restoran Sari Bundo. Apa yang menarik tentang nasi padang sini, semua makanan dihidang apabila kita mengambil tempat duduk. Kalau ada dua puluh lauk, maka semua kita boleh rasa. Ini boleh menambahkan berat badan. Hehehehe. Sambal cili merah memang sedap. Itu yang tak dapat dilupakan. Hehehe. Banyak juga sayur kampung samaada di masak atau menjadi ulam (sihat tu. Hehehe)
Dengan cuaca dingin di Bandung, kami juga ada menjamu makanan secara steamboat dan hotplate. Restoran Hanamasa adalah restoran secara buffet. Makanan lautnya memang segar dan perbagai makanan lain juga disediakan seperti tempura, ayam goreng, pencuci mulut dan sebagainya.
Kalau hendak bersarapan pagi di Bandung, pastikan and mencuba bubur ayam. Disini bubur ayamnya pekat dan ditambah dengan kicap manis memang mengenyangkan. Tapi bagi aku kalau ditambar kicap manis, kurangkan skit tapi dengan sos cili memang best. Bubur ayam boleh di dapati di kedai dan gerai di sekitar bandung.
Kawan aku dari Bandung menyarankan aku cuba cendol elizebert (maaf, takde gambar). Rupa cendolnya lebih kurang sama di Malaysia tapi rasanya tekak aku tak boleh terima. Ada rasa hanyir sikit (maaf terpaksa berterus terang). Hampir semua kawan kawan aku tak boleh terima, Tapi harap korang boleh cuba dan rasai sendiri.
Pernah cuba? hehehe
Kata orang, kita mesti cuba makan orang tempatan tak kira dimana kita berada. Yang penting kebersihan dan bagi orang islam mesti la halal. Selamat mencuba…
makan je korang ni ek..aku nak ke sana lah..hm
ReplyDeleteBila nak gi sana... jom makan makan
ReplyDeleteRestoren saribundo & hanamasa tuh kat kota bandung je kan?
ReplyDelete