Semasa turun dari Kawah Putih untuk ke Kota Bandung, kami berhenti untuk makan tengah hari di Waroeng Soenda, Lembur Awi. Ape yang menariknya tentang kedai makan ini ialah ia terletak ditengah tengah sawah padi. Disini disediakan pondok pondok makan sekitar sawah padi supaya kita dapat merasa ketenangan dan memberi kepuasan apabila menjamu selera.
Betapa selesanya berada dibendang dengan keadaan yang berangin menyebabkan kami terlena sebentar sementara menunggu makanan dan minuman disediakan. hehehe. Terasa macam di kampung halaman pulak.
Biasanya disini kita akan dihidangkan teh manis macam teh cina. Teh botol merupakan antara minuman yang popular disini bagi menghilangkan dahaga.
Makanan yang dihidangkan seperti ayam penyek, soto dan makanan tradisional lain. Ada tauhu goreng, tempe goreng, ulam ulaman dan sambal. Makan ramai ramai ni memang menyelerakan. Sedap sampai menjilat jari.hmmm
Selain dari sawah padi, tempat makan ini juga ada kolam-kolam ikan di tepi pondok makan bagi menambahkan lagi keindahan dan ketenangan kepada para pengunjung. Harganya amat berpatutan dan harap ia menjadi salah satu pilihan sebagai kenangan manis apabila berada disini..
Tunggu bhg seterusnya...
No comments:
Post a Comment